Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Wednesday, 12 February 2014

Gulai Masam Ikan Baung

Selama ini hanya pernah memasak Gulai Masam Ikan Patin, tidak pernah merasa keenakkan Ikan Baung. Ikan Baung ini agak mahal, 1kg RM30.

* 5-6 orang makan

Bahan-Bahan:
  • 3-4 sudu besar tempoyak
  • 1 ekor ikan baung dipotong 5-6 bahagian (Ikan sebesar lengan)
  • 1/2 timun taun (dipotong memanjang, dan di potong 3)
  • 2 ulas bawang merah dipotong 4
  • 5-6 cili padi (ditumbuk)
  • 1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 sudu kunyit serbuk (menambahkan warna)
  • 4 batang daun kesum
  • 1-2 keping asam keping
  • serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • gula secubit dua
  • 1/2 jug air


Cara Penyediaan:
  • Bancuh tempoyak dengan air didalam periuk sehingga sekata
  • Hidupkan api (sederhana)
  • Masukkan bawang, asam keping, kunyit yang telah ditumbuk, cili yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, serbuk perasa serta garam
  • Pastikan sentiasa mengacau sehingga mendidih
  • Apabila sudah mendidih, masukkan ikan baung serta daun kesum
  • Masak selama 5-8 minit, kemudian masukkan timun taun tadi
  • Masak selama 5-8 minit dengan api yang kecil
  • Masukkan sedikit gula



Nota:
~ Jangan masak ikan terlalu lama kerana akan hilang manis ikan
~ Masukkan air timun taun untuk menambahkan rasa pada gulai (petua orang-orang tua)


Deep Fried Prawn/Crab With Salted Egg

* Ini adalah menu berbuka puasa tahun lepas (4 orang makan)

Bahan-Bahan:

Bahan A
  • 1 cawan Tepung ubi
  • 1 biji telur 
Bahan B
  • 10-15 ekor udang (saiz sedang)
  • 3 biji telur masin direbus dan diambil kuningnya
  • 1/4 butter (buttercup)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah dicincang halus
  • 5 biji cili panjang dicincang halus
  • daun kari
  • serbuk perasa
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan

A
  • Pukul telur, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
  • celup udang yang telah dibersihkan (marinate seketika)
  • kemudian sadurkan udang tadi dengan tepung ubi
  • Pastikan minyak cukup panas
  • Goreng sehingga golden brown 
B
  • Kuning telur masin yang telah diasingkan dilenyek
  • panaskan butter (api yang kecil-sederhana)
  • masukkan bawang putih, bawang merah, cili serta kuning telur yang telah dilenyek tadi
  • masukkan serbuk perasa 
  • masukkan daun kari, biarkan sehingga sedikit garing
  • masukkan susu

  • Apabila kelihatan sedikit buih, masukkan udang yang telah digoreng tadi, padamkan api



Nota:
~ Tepung ubi digunakan untuk udang/ketam menjadi lebih crispy
~ Boleh digantikan dengan ketam, isi ikan
~ Pastikan udang/ketam dicuci dengan limau nipis terlebih dahulu

Ikan Talapia Bakar "moden"

Ini adalah resipi instant....

Bahan-Bahan:
  • Aluminium Foil
  • Daun Pisang
  • 3 biji bendi dihilis (seperti di dalam gambar)
  • 1/2 Perencah Ikan Bakar ADABI (boleh didapati di kedai berhampiran)
  • 2 batang daun kesum
  • 1 biji Limau Kasturi
  • 1 ekor Ikan Talapia (yang sudah dibersihkan) / Ikan kembung
  • Hirisan bawang merah
  • 1 sudu besar Udang Kering
  • 2 biji cili dititik (jika ingin pedas)

Cara Penyediaan:
  • Potong Aluminium foil dalam 16 inci
  • Potong daun pisang sepanjang 6-7inci
  • Lipat Aluminium foil kepada 2, letak kan daun pisang dibahagian yang pertama
  • Letakkan separuh bendi yang telah dipotong
  • Letakkan separuh udang kering
  • Letakkan ikan di atas bahan-bahan tadi
  • Sapukan perencah ikan bakar pada seluruh badan ikan
  • Letakkan lebihan udang kering, bendi, cili, hirisan bawang, daun kesum diatas ikan
  • Lipat Aluminium foil dan gulung setiap sisi dan penjuru sehingga tidak ada angin yang dapat masuk
  • Letakkan diatas Kuali Panas (tanpa minyak)
  • Kecilkan api
  • Biarkan selama 8-10 minit sehingga aluminium mengembang
  • Hiris bahagian atas aluminium untuk memudahkan wap keluar
  • Biarkan 5-8 minit sebelum mengangkatnya ke atas pinggan
  • Hidang bersama Limau Kasturi, Nasi Panas dan Sup kosong



Hasilnya


Nota:
~ Perah limau kasturi ketika ikan masih panas
~ Jika ingin lebih sedap, letakkan 1/2 sudu Sambal Belacan ADABI di atas ikan sebelum membakarnya di dalam kuali

Gulai Lemak Udang Galah (Fresh from Rompin)

*Untuk 4-5 orang makan

Udang galah fresh from Rompin ini agak besar juga...

Bahan-Bahan:

  • Udang Galah 10 ekor
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 biji Bawang merah (potong dadu)
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • Santan kepala (1 biji)
  • 5 biji bendi (dipotong dua)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit (untuk menambahkan warna kuning)
  • 6-7 cili padi
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1-2 keping asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  • Tumbuk cili bersama kunyit hidup
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan serbuk kunyit, bahan yang ditumbuk tadi (boleh masukkan air jika inginkan sedikit cair)
  • Hidupkan api, kacau bancuhan perlahan-lahan
  • Masukkan serai yang telah dititik, bawang merah yang telah didadu
  • Kacau sehingga mendidih, masukkan asam keping, serbuk perasa dan garam secukup rasa
  • Masukkan Udang Galah
  • Masukkan bendi dan tomato
  • Pastikan Udang Galah dimasak dalam 10-15 minit


Nota:
~ Udang Galah tidak boleh dibiarkan masak terlalu lama kerana manis aslinya akan hilang

Sotong Goreng Tepung (Deep fried Squid)

*untuk 10 orang makan

Keindahan Pulau Mabul, Sabah bukan sahaja indah di mata tetapi juga "indah" diperut. Seperti gambar dibawah, saiznya sebesar tapak tangan. Ada 6 ekor semuanya hanya berharga RM15 dan FRESH sangat-sangat. Di sana sangat berkesempatan untuk memasak sendiri menu-menu harian. (I masak untuk 1 resort, saja suka-suka...sedekah makan)


Bahan-Bahan:

  • Sotong segar (dipotong, terpulang kepada creativity) dicuci dengan limau nipis
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Tepung kanji (1/2 cawan)
  • 3 biji telur
  • Serbuk perasa
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  • Kacau telur dalam mangkuk dengan serbuk perasa, serbuk kunyit, garam
  • Masukkan sotong yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan telur
  • Campur tepung gandum dan tepung kaji di dalam bekas yang berlainan
  • Ambil sotong yang telah celup telur dan disalut dengan tepung yang dicampur
  • Pastikan minyak betul-betul panas
  • Goreng sotong yang telah disalut tepung tadi selama 5-8 minit sahaja



Hasilnya


Nota:
Sotong yang sangat segar dari laut amat berbeza rasanya, manis...

Sunday, 21 October 2012

DESSERT: Sarang Burung (Bird Nest)


Bahan-Bahan:

  • Sarang Burung (Bird Nest) 1 piece
  • Gula Batu (Rock Sugar) 1 Inch
  • Kurma Merah/Red Dates 3 pieces
  • Mineral Water/Air Suling


Cara-Cara:
  • Bersihkan Sarang Burung (Kebiasaannya, sarang burung yang dijual ketika ini sudah bersih daripada bulu-bulu atau benda asing yang lain)
  • Letakkan Sarang Burung berserta Kurma Merah (Red Dates), Gula Batu di dalam bekas tembikar serta 1 cawan air mineral atau air yang disuling.
  • Masak di dalam double boiler atau Slow Cooker selama 2 jam. 
  • Enak di makan ketika suam sebagai dessert.



Notes:
Amalkan Dessert Sarang Burung seminggu sekali. Sarang Burung elok diambil sebelum tidur.

Pantang Larang:
Selama 12jam tidak boleh mengambil Sayuran.

Monday, 18 June 2012

SUP KETAM

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ketam 
  • Sup bunjut tulang Adabi
  • 1/2 inci Halia (ditumbuk)
  • 1 biji bawang merah (besar) di potong dadu
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 ulas cili padi (ditumbuk)
  • 2-3 asam keping
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 1/2 biji lobak merah (potong dadu)
  • sedikit daun bawang
  • sedikit daun sup
Cara-Cara:

Ketam dibersihkan dan dipotong dua. Pastikan kaki ketam di ketuk supaya apabila dimasak, rencah masuk ke dalam kaki ketam. Rebus Sup bunjut Tulang Adabi bersama halia dan kentang sehingga mendidih. Masukkan ketam, bawang merah, bawang putih, asam keping, cili padi serta lobak merah. Reneh seketika.
Kemudian masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Akhir sekali hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.



Sunday, 19 February 2012

Chili in Shrimp Paste/SAMBAL BELACAN (Own signature)

 Ingredients:
1. Belacan or shrimp paste (1 Inch) ~grilled or fried
2. Tomatoes (2-3) ~sliced
3. 7-8 Chili (Cili Padi)
4. Onion (Slice cube)
5. Garlic
6. Sugar
7. Salt
8. Zest of Lemon or tamarind or kalamansi
9. BATU LESUNG

Steps:
Put all ingredients in the Lesung Batu (pound it) or easy way...put it in blender. Grind all...


Video of SAMBAL BELACAN @ Chili in Shrimp Paste

Chili Crab (Ketam bercili) & LALA

Ingredients:
1. Fresh CRAB (3-4)
2. 3-4 Garlic (fine minced)
3. 1 Onion (fine minced)
4. 1/2 inch GINGER (crushed)

Chili Sauce:
1. Chili paste (4-5 tbsp)
2. Oyster Sauce (2-3 tbsp)
3. Sesame Oil (1 tbsp)
4. Squid sauce (1 tbsp)
5. Dark Soy sauce (1 tbsp)

Steps:
~ Sauteing ingredient (1,2,3)
~ Add combined sauce into pan (bring it to boil)
~ Add salt accordingly, a pinch of sugar and a zest of lemon
~ Toss in crab...stir fry to coat the sauce (2-3 minutes)
~ Garnish (put chopped spring onion)



Video below is HOW TO PREPARE THE CRAB (LIVE CRAB)

If you want to know further about the nutrition facts...do click below link:
CRAB NUTRITION FACTS & ANALYSIS

Same goes with LALA. Clean & drain it before toss the LALA in the sauce. Do not put water because the LALA already contain water.
 

Sunday, 5 February 2012

Siakap Stim (Steamed Ruby Snapper)

Is it Siakap's english name RUBY SNAPPER?

 Main Ingredients:

~ Fresh Siakap (Ruby Snapper) remove its inner part and also scales (hard scales)
~ Lemon grass (2 or 3 pcs) crush it
~ Clove of garlic (crush it) or you can replace it with "preserved garlic"
~ Onion (1or 2) sliced
~ Cili padi/chilli (5-6 pcs)
~ Spring Onion (daun bawang)
~ Kesum leaves
~ Tomatoes (2-3) slice it
~ 1/2 inches of ginger (crushed)

~ Preserved plum 
~ Fish oil (1 tablespoon)
~ Sesame Oil (1 tablespoon)
~ Olive oil (1 tablespoon)

Directions:

1. Put all the ingredients in steam cooker
2. Do not put salt if you put preserve plum...it already salted
3. Cook & steam it for 1/2 hours with a small flame

"Siakap Stim" as photo above.