Showing posts with label Fish. Show all posts
Showing posts with label Fish. Show all posts

Wednesday, 12 February 2014

Gulai Masam Ikan Baung

Selama ini hanya pernah memasak Gulai Masam Ikan Patin, tidak pernah merasa keenakkan Ikan Baung. Ikan Baung ini agak mahal, 1kg RM30.

* 5-6 orang makan

Bahan-Bahan:
  • 3-4 sudu besar tempoyak
  • 1 ekor ikan baung dipotong 5-6 bahagian (Ikan sebesar lengan)
  • 1/2 timun taun (dipotong memanjang, dan di potong 3)
  • 2 ulas bawang merah dipotong 4
  • 5-6 cili padi (ditumbuk)
  • 1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 sudu kunyit serbuk (menambahkan warna)
  • 4 batang daun kesum
  • 1-2 keping asam keping
  • serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • gula secubit dua
  • 1/2 jug air


Cara Penyediaan:
  • Bancuh tempoyak dengan air didalam periuk sehingga sekata
  • Hidupkan api (sederhana)
  • Masukkan bawang, asam keping, kunyit yang telah ditumbuk, cili yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, serbuk perasa serta garam
  • Pastikan sentiasa mengacau sehingga mendidih
  • Apabila sudah mendidih, masukkan ikan baung serta daun kesum
  • Masak selama 5-8 minit, kemudian masukkan timun taun tadi
  • Masak selama 5-8 minit dengan api yang kecil
  • Masukkan sedikit gula



Nota:
~ Jangan masak ikan terlalu lama kerana akan hilang manis ikan
~ Masukkan air timun taun untuk menambahkan rasa pada gulai (petua orang-orang tua)


Ikan Talapia Bakar "moden"

Ini adalah resipi instant....

Bahan-Bahan:
  • Aluminium Foil
  • Daun Pisang
  • 3 biji bendi dihilis (seperti di dalam gambar)
  • 1/2 Perencah Ikan Bakar ADABI (boleh didapati di kedai berhampiran)
  • 2 batang daun kesum
  • 1 biji Limau Kasturi
  • 1 ekor Ikan Talapia (yang sudah dibersihkan) / Ikan kembung
  • Hirisan bawang merah
  • 1 sudu besar Udang Kering
  • 2 biji cili dititik (jika ingin pedas)

Cara Penyediaan:
  • Potong Aluminium foil dalam 16 inci
  • Potong daun pisang sepanjang 6-7inci
  • Lipat Aluminium foil kepada 2, letak kan daun pisang dibahagian yang pertama
  • Letakkan separuh bendi yang telah dipotong
  • Letakkan separuh udang kering
  • Letakkan ikan di atas bahan-bahan tadi
  • Sapukan perencah ikan bakar pada seluruh badan ikan
  • Letakkan lebihan udang kering, bendi, cili, hirisan bawang, daun kesum diatas ikan
  • Lipat Aluminium foil dan gulung setiap sisi dan penjuru sehingga tidak ada angin yang dapat masuk
  • Letakkan diatas Kuali Panas (tanpa minyak)
  • Kecilkan api
  • Biarkan selama 8-10 minit sehingga aluminium mengembang
  • Hiris bahagian atas aluminium untuk memudahkan wap keluar
  • Biarkan 5-8 minit sebelum mengangkatnya ke atas pinggan
  • Hidang bersama Limau Kasturi, Nasi Panas dan Sup kosong



Hasilnya


Nota:
~ Perah limau kasturi ketika ikan masih panas
~ Jika ingin lebih sedap, letakkan 1/2 sudu Sambal Belacan ADABI di atas ikan sebelum membakarnya di dalam kuali