Wednesday 12 February 2014

Gulai Masam Ikan Baung

Selama ini hanya pernah memasak Gulai Masam Ikan Patin, tidak pernah merasa keenakkan Ikan Baung. Ikan Baung ini agak mahal, 1kg RM30.

* 5-6 orang makan

Bahan-Bahan:
  • 3-4 sudu besar tempoyak
  • 1 ekor ikan baung dipotong 5-6 bahagian (Ikan sebesar lengan)
  • 1/2 timun taun (dipotong memanjang, dan di potong 3)
  • 2 ulas bawang merah dipotong 4
  • 5-6 cili padi (ditumbuk)
  • 1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 sudu kunyit serbuk (menambahkan warna)
  • 4 batang daun kesum
  • 1-2 keping asam keping
  • serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • gula secubit dua
  • 1/2 jug air


Cara Penyediaan:
  • Bancuh tempoyak dengan air didalam periuk sehingga sekata
  • Hidupkan api (sederhana)
  • Masukkan bawang, asam keping, kunyit yang telah ditumbuk, cili yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, serbuk perasa serta garam
  • Pastikan sentiasa mengacau sehingga mendidih
  • Apabila sudah mendidih, masukkan ikan baung serta daun kesum
  • Masak selama 5-8 minit, kemudian masukkan timun taun tadi
  • Masak selama 5-8 minit dengan api yang kecil
  • Masukkan sedikit gula



Nota:
~ Jangan masak ikan terlalu lama kerana akan hilang manis ikan
~ Masukkan air timun taun untuk menambahkan rasa pada gulai (petua orang-orang tua)


No comments:

Post a Comment