*untuk 10 orang makan
Keindahan Pulau Mabul, Sabah bukan sahaja indah di mata tetapi juga "indah" diperut. Seperti gambar dibawah, saiznya sebesar tapak tangan. Ada 6 ekor semuanya hanya berharga RM15 dan FRESH sangat-sangat. Di sana sangat berkesempatan untuk memasak sendiri menu-menu harian. (I masak untuk 1 resort, saja suka-suka...sedekah makan)
Bahan-Bahan:
- Sotong segar (dipotong, terpulang kepada creativity) dicuci dengan limau nipis
 - Tepung gandum (1/2 cawan)
 - Tepung kanji (1/2 cawan)
 - 3 biji telur
 - Serbuk perasa
 - 1/2 sudu kecil kunyit
 - Garam secukup rasa
 
Cara Penyediaan:
- Kacau telur dalam mangkuk dengan serbuk perasa, serbuk kunyit, garam
 - Masukkan sotong yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan telur
 - Campur tepung gandum dan tepung kaji di dalam bekas yang berlainan
 - Ambil sotong yang telah celup telur dan disalut dengan tepung yang dicampur
 - Pastikan minyak betul-betul panas
 - Goreng sotong yang telah disalut tepung tadi selama 5-8 minit sahaja
 
Hasilnya
Nota:
Sotong yang sangat segar dari laut amat berbeza rasanya, manis...


No comments:
Post a Comment