Wednesday 12 February 2014

Gulai Masam Ikan Baung

Selama ini hanya pernah memasak Gulai Masam Ikan Patin, tidak pernah merasa keenakkan Ikan Baung. Ikan Baung ini agak mahal, 1kg RM30.

* 5-6 orang makan

Bahan-Bahan:
  • 3-4 sudu besar tempoyak
  • 1 ekor ikan baung dipotong 5-6 bahagian (Ikan sebesar lengan)
  • 1/2 timun taun (dipotong memanjang, dan di potong 3)
  • 2 ulas bawang merah dipotong 4
  • 5-6 cili padi (ditumbuk)
  • 1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 sudu kunyit serbuk (menambahkan warna)
  • 4 batang daun kesum
  • 1-2 keping asam keping
  • serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • gula secubit dua
  • 1/2 jug air


Cara Penyediaan:
  • Bancuh tempoyak dengan air didalam periuk sehingga sekata
  • Hidupkan api (sederhana)
  • Masukkan bawang, asam keping, kunyit yang telah ditumbuk, cili yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, serbuk perasa serta garam
  • Pastikan sentiasa mengacau sehingga mendidih
  • Apabila sudah mendidih, masukkan ikan baung serta daun kesum
  • Masak selama 5-8 minit, kemudian masukkan timun taun tadi
  • Masak selama 5-8 minit dengan api yang kecil
  • Masukkan sedikit gula



Nota:
~ Jangan masak ikan terlalu lama kerana akan hilang manis ikan
~ Masukkan air timun taun untuk menambahkan rasa pada gulai (petua orang-orang tua)


Deep Fried Prawn/Crab With Salted Egg

* Ini adalah menu berbuka puasa tahun lepas (4 orang makan)

Bahan-Bahan:

Bahan A
  • 1 cawan Tepung ubi
  • 1 biji telur 
Bahan B
  • 10-15 ekor udang (saiz sedang)
  • 3 biji telur masin direbus dan diambil kuningnya
  • 1/4 butter (buttercup)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah dicincang halus
  • 5 biji cili panjang dicincang halus
  • daun kari
  • serbuk perasa
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan

A
  • Pukul telur, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
  • celup udang yang telah dibersihkan (marinate seketika)
  • kemudian sadurkan udang tadi dengan tepung ubi
  • Pastikan minyak cukup panas
  • Goreng sehingga golden brown 
B
  • Kuning telur masin yang telah diasingkan dilenyek
  • panaskan butter (api yang kecil-sederhana)
  • masukkan bawang putih, bawang merah, cili serta kuning telur yang telah dilenyek tadi
  • masukkan serbuk perasa 
  • masukkan daun kari, biarkan sehingga sedikit garing
  • masukkan susu

  • Apabila kelihatan sedikit buih, masukkan udang yang telah digoreng tadi, padamkan api



Nota:
~ Tepung ubi digunakan untuk udang/ketam menjadi lebih crispy
~ Boleh digantikan dengan ketam, isi ikan
~ Pastikan udang/ketam dicuci dengan limau nipis terlebih dahulu

Ikan Talapia Bakar "moden"

Ini adalah resipi instant....

Bahan-Bahan:
  • Aluminium Foil
  • Daun Pisang
  • 3 biji bendi dihilis (seperti di dalam gambar)
  • 1/2 Perencah Ikan Bakar ADABI (boleh didapati di kedai berhampiran)
  • 2 batang daun kesum
  • 1 biji Limau Kasturi
  • 1 ekor Ikan Talapia (yang sudah dibersihkan) / Ikan kembung
  • Hirisan bawang merah
  • 1 sudu besar Udang Kering
  • 2 biji cili dititik (jika ingin pedas)

Cara Penyediaan:
  • Potong Aluminium foil dalam 16 inci
  • Potong daun pisang sepanjang 6-7inci
  • Lipat Aluminium foil kepada 2, letak kan daun pisang dibahagian yang pertama
  • Letakkan separuh bendi yang telah dipotong
  • Letakkan separuh udang kering
  • Letakkan ikan di atas bahan-bahan tadi
  • Sapukan perencah ikan bakar pada seluruh badan ikan
  • Letakkan lebihan udang kering, bendi, cili, hirisan bawang, daun kesum diatas ikan
  • Lipat Aluminium foil dan gulung setiap sisi dan penjuru sehingga tidak ada angin yang dapat masuk
  • Letakkan diatas Kuali Panas (tanpa minyak)
  • Kecilkan api
  • Biarkan selama 8-10 minit sehingga aluminium mengembang
  • Hiris bahagian atas aluminium untuk memudahkan wap keluar
  • Biarkan 5-8 minit sebelum mengangkatnya ke atas pinggan
  • Hidang bersama Limau Kasturi, Nasi Panas dan Sup kosong



Hasilnya


Nota:
~ Perah limau kasturi ketika ikan masih panas
~ Jika ingin lebih sedap, letakkan 1/2 sudu Sambal Belacan ADABI di atas ikan sebelum membakarnya di dalam kuali

Gulai Lemak Udang Galah (Fresh from Rompin)

*Untuk 4-5 orang makan

Udang galah fresh from Rompin ini agak besar juga...

Bahan-Bahan:

  • Udang Galah 10 ekor
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 biji Bawang merah (potong dadu)
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • Santan kepala (1 biji)
  • 5 biji bendi (dipotong dua)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit (untuk menambahkan warna kuning)
  • 6-7 cili padi
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1-2 keping asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  • Tumbuk cili bersama kunyit hidup
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan serbuk kunyit, bahan yang ditumbuk tadi (boleh masukkan air jika inginkan sedikit cair)
  • Hidupkan api, kacau bancuhan perlahan-lahan
  • Masukkan serai yang telah dititik, bawang merah yang telah didadu
  • Kacau sehingga mendidih, masukkan asam keping, serbuk perasa dan garam secukup rasa
  • Masukkan Udang Galah
  • Masukkan bendi dan tomato
  • Pastikan Udang Galah dimasak dalam 10-15 minit


Nota:
~ Udang Galah tidak boleh dibiarkan masak terlalu lama kerana manis aslinya akan hilang

Sotong Goreng Tepung (Deep fried Squid)

*untuk 10 orang makan

Keindahan Pulau Mabul, Sabah bukan sahaja indah di mata tetapi juga "indah" diperut. Seperti gambar dibawah, saiznya sebesar tapak tangan. Ada 6 ekor semuanya hanya berharga RM15 dan FRESH sangat-sangat. Di sana sangat berkesempatan untuk memasak sendiri menu-menu harian. (I masak untuk 1 resort, saja suka-suka...sedekah makan)


Bahan-Bahan:

  • Sotong segar (dipotong, terpulang kepada creativity) dicuci dengan limau nipis
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Tepung kanji (1/2 cawan)
  • 3 biji telur
  • Serbuk perasa
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  • Kacau telur dalam mangkuk dengan serbuk perasa, serbuk kunyit, garam
  • Masukkan sotong yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan telur
  • Campur tepung gandum dan tepung kaji di dalam bekas yang berlainan
  • Ambil sotong yang telah celup telur dan disalut dengan tepung yang dicampur
  • Pastikan minyak betul-betul panas
  • Goreng sotong yang telah disalut tepung tadi selama 5-8 minit sahaja



Hasilnya


Nota:
Sotong yang sangat segar dari laut amat berbeza rasanya, manis...

Homemade Creamy Mushroom Soup

*Hidangan untuk 40 orang

Bahan-Bahan: 

Bahan A

  • Shitake Mushroom kering 100g (direndam sehingga kembang)
  • 3 biji Shitake Mushroom fresh
  • Bawang putih (2 bulb) akan dapat 10-15biji - buang kulit
  • 3 biji Bawang besar (Onion) - potong dadu 4 bahagian
  • 1/2 Mentaga (Buttercup)
Bahan B
  • 3 batang saderi
  • 3 biji atau lebih Shitake Mushroom fresh
Bahan C
  • 1/2 tin Cream of Mushroom Campbell
  • 1/2 tin Susu Isian Sejat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 jug air








Cara penyediaan:

  • Cairkan mentega (api kecil)
  • Masukkan bahan A (suate') seperti gambar dibawah



  • Kisar Bahan A yang telah di-saute' bersama batang saderi dan shitake mushroom fresh
  • Bahagi bahagian untuk dikisar sebanyak 3 peringkat
  • Peringkat 1, dikisar kasar
  • Peringkat 2-3, dikisar halus
  • Jika kering tambahkan air



  • Didihkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi
  • Masukkan susu isian sejat
  • Masukkan Creamy Mushroom Soup
  • Masukkan kiub pati ayam dan serbuk perasa serta garam secukup rasa
  • Masukkan lebihan air yang ada

  • Dimasak selama 30 minit
  • Sentiasa mengacau soup daripada awal sehingga mendidih untuk memastikan semuanya sekata





Hasilnya


Notes:
~ Soup ini boleh bertahan selama 4-5 hari
~ Cendawan fresh boleh ditukar kepada cendawan lain
~ Jika ingin lebih likat, masukkan kentang yang telah direbus dan dilenyek terlebih dahulu